FRIENDS

Sunday, April 15, 2018

BAHASA MENCERMINKAN MAKNA KOMUNIKASI.


TOPIC: BAHASA MENCERMINKAN MAKNA KOMUNIKASI.

Setiap Individu sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain sama ada melalui lisan atau tulisan seperti perbualan telefon dan pesanan ringkas. Komunikasi setiap individu dipengaruhi oleh unsur-unsur budaya, bangsa dan tempat masing-masing. Dalam peribahasa melayu “Bahasa Menunjukkan Bangsa” turut merungkai maksud yang sama dimana bahasa menjadi lambang keperibadian masyarakat atau sesuatu bangsa. Cara interaksi atau komunikasi yang betul sangat penting bagi menyampaikan maklumat, pesanan, kehendak, pendapat dan pengalaman secara berkesan.

            Individu haruslah berkomunikasi dengan kata-kata yang jelas melalui sebutan yang betul, kemas, teratur dan berupaya untuk menggunakan tekanan dan gaya yang tepat supaya pendengarnya dapat memahami dengan teliti dan dapat mentafsirkan percakapan yang didengar  dan seterusnya bertindak balas terhadap apa yang didengainya itu. Hal ini kerana segelintir masyarakat kini sering kali menyalah tafsirkan setiap apa yang didengarnya tanpa memahami maksud sebenar. Ini juga boleh menyebabkan mereka menyebarkan maklumat dan pesanan yang salah atau kurang tepat yang boleh pencetuskan pergaduhan dan menjatuhkan maruah setiap individu.  
                   
Orang Melayu

Orang Melayu merupakan bangsa yang suka berkias dalam percakapan mereka dalam menyampaikan pesanan sama ada bermaksud sindiran atau nasihat. Orang Melayu tidak suka berterus-terang untuk menyampaikan sesuatu maksud kerana orang Melayu terkenal dengan sifat bersopan santun yang sering digambarkan melalui penggunaan bahasa halus dalam komunikasi. Sesuatu perkataan yang dapat menyinggung perasaan orang lain tidak akan diucapkan secara langsung terutama dalam soal yang berkaitan perangai, musibah, seks dan pantang larang. Bahasa orang Melayu ini dapat digambarkan melalui penggunaan peribahasa Melayu yang penggunaannya begitu berleluasa merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Peribahasa ‘biar putih tulang jangan putih mata’, ‘berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit’, ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’, ‘kalau takut kepada ombak jangan berumah di tepi pantai’ menggambarkan kiasan orang Melayu untuk menzahirkan cita-cita dan menyampaikan hasrat mereka yang tinggi.

Malah penggunaan pantun juga digunakan oleh orang melayu ketika berkomunikasi seperti majlis meminang yang menggambarkan sikap orang Melayu yang berkias dalam menyampaikan hasrat. Biasanya dalam pantun peminangan terdapat frasa ‘memetik bunga di taman’ yang membawa maksud ingin meminang seorang gadis yang masih dalam jagaan orang tuanya. Penggunaan pembayang pantun sama ada satu, dua, tiga atau empat kerat sebelum maksud menunjukkan orang Melayu tidak gopoh dalam menyampaikan hasrat seperti:
‘Cantik memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besar hajat kami tidak terkira
Hendak memetik bunga di taman’

Selain itu, bahasa halus juga biasa digunakan oleh orang melayu iaitu pulang ke rahmatullah (mati), arwah (orang yang meninggal dunia), jenazah (mayat), disimpan (dikuburkan), nafkah batin (hubungan seks suami dan isteri), datang bulan (haid), Pak Belang (harimau), Sang Rangkak (buaya), dan lain-lain lagi. Orang Melayu tidak digalakkan menuturkan perkataan yang kasar kerana dianggap tidak sopan.

Orang Iban
Masyarakat Iban pula adalah salah satu rumpun Dayak yang terdapat di Kalimantan Barat, Brunei, Sabah, Johor dan kumpulan etnik peribumi terbesar di Sarawak. Masyarakat iban sering merujuk kes mereka kepada tuai rumah untuk dibicarakan jika ada hal yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri secara peribadi. Oleh itu, kominikasi mereka memerlukan orang ketiga iaitu tuai rumah yang akan cuba menolong menyelesaikan kes itu melalui mesyuarat kecil (baum mit atau berandau) yang bersifat peribadi antara kedua-dua pihak yang bertelegah untuk mencapai persetujuan (konsensus) dan perdamaian semula (rekonsiliasi) sebelum memanggil mesyuarat besar (becara) yang besifat rasmi dan terbuka. Semua ketua rumah atau masyarakat akan cuba menyelesaikan kes-kes hal-ehwal para pengikut mereka dengan bepegang teguh kepada prinsip berikut: "Utai besai, asoh mit. Utai mit, asoh nadai" yang bermaksud Hal besar, jadikan kecil. Hal kecil, jadikan tiada.

Kedua-dua pihak yang bertikai adalah dinasihatkan untuk bersetuju menyelesaikan hal mereka dan berdamai secara peribadi kerana ada pepatah orang Iban yang terkenal dan selalu disebut-sebut oleh ketua rumah atau masyarakat seperti berikut “Undang-undang adalah seperti ular tedung. Ia adalah tidak merbahaya jika tidak diganggu tetapi jika dilangkahi, ia boleh mematuk. Maksudnya ialah seseorang yang beia-ia mahu berbicara menghadapi risiko didapati bersalah dan dihukum. iaitu "dipatuk oleh undang-undang".

Selain itu, Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa pribumi di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan bergambar yang disebut 'papan turai' untuk membantu proses ingatan kepada puisi rakyat (leka main) seperti tusut, pengap dan sabak yang sungguh panjang dan mengambil masa semalaman untuk dilafazkan pada upacara dan gawai tertentu. Sistem papan turai ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturunan sehingga berpuluhan generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa-peristiwa penting dengan bukti-bukti fizikal dan kewujudan adat-adat dan budaya asal sehingga ke hari ini.

Kaum Iban dikenali dengan "Master of Language" oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah seorang di kalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language. Prof Derek Freeman turut menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi dalam penyampaikan hasrat dan maklumat seperti yang digunakan dalam puisi dan prosa dalam Bahasa Inggeris.

Puisi rakyat (leka main) Iban boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan bentuk dan fungsi mereke masing-masing iaitu untuk acara hiburan, upacara invokasyen dan acara rasmi. Puisi untuk acara hiburan sosial termasuklah bejara, pantun, ganu, ramban, jawang, sugi, renong semain, ensera (epik atau saga), entelah, pelandai karung, dan pelandai ara. Manakala puisi untuk acara keramaian rasmi merangkum renong adat, tanya indu, pantun meri ngirup, dungai ngerasukka tinchin, ai ansah dan geliga. Puisi untuk upacara invokasyen terdiri daripada sampi (doa), biau, timang, pengap (zikir), pelian, sugi sakit, renong sakit dan sabak bebuah.

Orang Cina

Kaum Cina merupakan kelompok kaum yang kedua terbesar di Malaysia. Kaum Cina di Malaysia berkomunikasi dalam pelbagai dialek seperti dialek Hokkien, dialek Hakka, dialek Kantonis, dialek Teochew, dialek Hainan, dialek Kwongsai dan sebagainya bergantung kepada keturunan dan latar belakang mereka masing-masing. Bagi puak-puak kaum Cina, setiap puak sebenarnya mempunyai bahasa komunikasi tersendiri. Bahasa komunikasi sedemikian dikenali sebagai “dialek” bagi kaum Cina di Malaysia, manakala bahasa Mandarin biasanya dianggap sebagai “Bahasa ibunda” kepada semua puak kaum Cina kerana orang-orang Cina di sini berharap Bahasa Mandarin dapat memainkan peranan sebagai medium komunikasi utama di antara puak puak kaum Cina. Malah masa kini juga dalam sektor perkerjaan, rata-rata syarikat korporat yang beroperasi di Malaysia sering kali meletakkan syarat kebolehan bahasa mandarin dalam mencari pekerja tidak kira bangsa, agama atau etnik dalam syarikat mereka sekalipun urusniaga dan operasi yang dijalankan langsung tidak memerlukan kebolehan berbahasa Mandarin. Hal ini kerana bagi memudahkan pihak syarikat atau majikan yang berbangsa cina untuk berurusan dan menyampaikan maklumat ataupun arahan dengan para pekerja mereka.

Orang India

Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan bahasa Tamil merupakan dialek yang ditutur oleh majoriti kaum India di Malaysia ini. Mereka juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di Malaysia.  Pada Zaman dahulu, elemen budaya amat penting dalam menjalankan perdagangan. Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa utama yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia dimana kebanyakan perdagang datang dari chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu; dan orang Muslim India Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil Nadu yang kebanyakannya merupakan pemborong.

Kesimpulan, Setiap Bahasa memainkan peranan penting dalam berkomunikasi untuk menyampaikan tujuan, nasihat dan  maklumat penting dalam kehidupan seharian.


Wednesday, March 28, 2018

THE BEST PLACED TO HIKING IN KUCHING, SARAWAK, MALAYSIA


1. GUNUNG SERAPI KUBAH NATIONAL PARK










 2. BUKIT JAGOI, BAU





 








3. MOUNT SINGAI, BAU










4. GUNUNG SANTUBONG












5. GUNUNG GADING, LUNDU




6.  BUKIT GONDOL, LUNDU






7. KAMPUNG STING