FRIENDS

Saturday, May 31, 2014

CARA CARA MENGHILANGKAN PANAU


Apakah penyakit panau?

Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Bagaimanakah rupa penyakit panau?

Bahagian-bahagian badan yang biasa dijangkiti panau selalunya kaya dengan sebum seperti bahagian dada, belakang badan, lengan dan leher. Pesakit-pesakit mempunyai tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang-kala bercantum menyebabkan permukaan yang terlibat lebih luas. Sesetengah pesakit berasa gatal pada bahagian yang terlibat. Ada juga pesakit-pesakit yang kurang senang dengan tompok-tompok yang ketara pada kulit.

Siapa yang mendapat panau?

Panau boleh berlaku pada semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan belia. Pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau. Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.

CARA TRADITIONAL
  1. Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihat apa hasilnya dalam beberapa hari.
  2. Potong bawang putih dan gosok perlahan-lahan pada tempat yang terkena panau hingga kulit terasa perit dan merah. Ulangi setiap hari hingga panau beransur pudar.
  3. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas. Atau, tumbuk beberapa helai daun lengkuas,ambik airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali, untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.
  4. Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.
  5. Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campur dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudia tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau hilang.
  6. Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.
  7. Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang.Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.
  8. Ambik air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulangkali sehingga berhasil.
  9. Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.
  10. Tumbuk halia sebesar jari hingga lumat. Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan sehingga sembuh.

Thursday, May 29, 2014

Ikatan Dan Simpulan Asas

Ikatan Dan Simpulan Asas

1
Setengah Belit

Ianya digunakan untuk mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat

2

Simpul Mati

Digunakan untuk menyimpul hujung tali terburai dan menjadi ikatan penahan pada takal.Ianya sukar untuk dibuka

3

Simpul Manuk (Clove hitch)

Ianya digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk kerja-kerja menyelamat.
4

Simpul Angka Lapan

Kegunaanya adalah sama seperti simpul mati, akan tetapi ianya lebih mudah dibuka berbanding simpul mati.
5

Ikatan Buku Sila
(Square/ reef knots)

Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang sama saiz.Ianya juga ikatan yang digunakan dalam pertolongan cemas iaitu mengikat hujung kain anduh atau pembalut.

6




Ikatan Bunga Geti (Sheet Bend)

Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang  tidak sama saiz.Ianya juga ikatan yang digunakan untuk mengikat hujung tali di dalam  kawasan berair.Terdapat dua jenis.Iaitu Double (Berganda) dan Single (Tunggal) SheetBend (Bunga Geti).
Untuk Bunga Geti Berganda ianya dililit dua kali. Perbezaannya ialah dari segi kekuatan.
 Semakin Banyak lilitan semakin kuat ikatan.

7

Ikatan Tindih Kasih (bowline)

Ianya digunakan untuk menurun atau menaikkan mangsa yang sedar dan jua bertindak sebagi tali pandu.
8





Simpul Kerusi

Ianya digunakan untuk mengangkat  atau menurunkan kayu, papan, atau peralatan.

9


1 lengkar 2 setengah belit

Ianya digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk kerja-kerja menyelamat.Perbezaannya ianya boleh diubah-ubah dan mudah dibuka.


10
Simpul Balak

Ianya digunakan untuk menaik dan menurunkan mangsa dari tempat tinggi atau kawasan rendah.
Ianya hanya digunakan pada mangsa yang tidak sedarkan
11





Simpulan Kupu-kupu (Butterfly Knot/)

Simpul ini digunakan sebagai pengaman pada tali yang rusak, atau dapat digunakan untuk membuat tangga
(dengan tali yang panjang dan kuat).


12

Simpul mudah lucut
(highwayman’s hitch)

Sesuai untuk mengikat bot atau binatang (cth: kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas.

Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok menggunakan tali.