FRIENDS

Friday, August 22, 2014

M.V Pulau Kidjang - 40 tahun dalam kenangan.....


M.V Pulau Kidjang - 40 tahun dalam kenangan
M.V Pulau Kidjang merupakan sebuah kapal pengangkutan utama di Sarawak sekitar tahun 70-an dulu. Selain M.V Pulai Kidjang, terdapat juga kapal pengangkutan yg lain seperti M.V Rajah Mas yg berulang-alik dari Kuching-Sarikei-Sibu ketika itu. M.V Pulau Kidjang yg bernilai Rm320,000 ini dibeli dari Indonesia dan telah berkhidmat untuk penduduk selama 8 tahun sebelum terbenam di dasar muara Rejang.


Lokasi M.V Pulau Kidjang karam

Pulau Kidjang merupakan sebuah kapal yang beroperasi di perairan Sarawak pada pertengahan tahun 1960-an hingga awal tahun 1970-an. Kapal M.V. Pulau Kidjang dibina pada tahun 1963 dan didaftar di pelabuhan Singapura dengan nombor pendaftaran awal ialah 159456. Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura dan sah sehingga 10 Mei 1973. Kapal yang diperbuat daripada besi keluli dan kayu ini asalnya dibenarkan membawa seramai 225 orang iaitu 180 penumpang dan 45 anak kapal. Kapal Kidjang ini berperanan sebagai kapal kargo dan kapal penumpang.


Tragedi tersebut berlaku pada 27 Disember 1973. Pada ketika itu, penumpang seramai 159 orang tersebut kebanyakannya dalam perjalanan pulang ke Sibu selepas bercuti sempena perayaan Krismas. Kapal tersebut bertolak dari Kuching pada 26 Disember, jam 6.30 petang, lewat 30 minit daripada yg dijadualkan. Ia karam di perairan Tanjung Jerijeh, 3.5 batu nautika dari Barat Sarikei. Di situlah kubur tanpa nisan 80 penumpang M.V.Pulau Kidjang yang gagal menyelamatkan diri apabila kapal itu terbalik setelah dipukul ombak yang kuat sebelum melanggar beting pasir di Tanjung Jerijeh kira-kira jam 3 pagi.Tragedi malang ini mendapat publisiti meluas di dada akhbar terutamanya akhbar Inggeris tempatan ketika itu, The Vanguard bertarikh 28 Disember 1973.

Kejadian jam 3.00 pagi tersebut telah mengorbankan 121 jiwa. Hanya 41 mayat yg ditemui manakala selebihnya mati tanpa kubur. 38 orang terselamat termasuk 18 orang kelasi. Kebanyakkan mangsa mati akibat terperangkap di dalam kapal, ada yang lemas dibaham ombak ganas musim tengkujuh kerana terjun ke laut tanpa jaket keselamatan. Tuah menyebelahi sesetengah penumpang yg terdampar di pantai Kampung Gerigat apabila M.V Hornbill yg dalam perjalanan dari pekan Selalang menemui mereka. Peristiwa tersebut telah menjadi sejarah hitam dan igauan ngeri bagi mangsa-mangsa yg terselamat.




Peristiwa ini turut meninggalkan kesan kepada penduduk Sarikei apabila kebanyakkan penduduk disana tidak memakan ikan selama berbulan-bulan disebabkan terbayang mayat-mayat mangsa yg dimakan hidupan laut. Ada kes dimana penduduk menemui cincin, jam tangan butang baju, serta jari didalam perut ikan yg ditangkap.

Jika hari ini kita bertanya kepada anak-anak muda, tidak ramai yang mengetahui sejarah maritim negeri Sarawak ini.Ketika peristiwa ini berlaku saya pun belum lahir ke dunia lagi, tetapi semasa zaman kanak-kanak saya, arwah ayah dan ibu saya sering menceritakan peristiwa ini kepada kami adik beradik.Sememangnya peristiwa ini sentiasa segar dalam memori setiap warga tua di negeri Sarawak terutama kepada ahli keluarga mangsa yang kehilangan saudara mereka.


Semoga roh-roh mangsa dicucuri rahmat....Amin.

Thursday, August 21, 2014

JPAM: BAB 1 = PENGURUSAN MANGSA TERCEDERA


Bab 1: PENGURUSAN MANGSA TERCEDERA

PENGENALAN

1.      Semasa berlakunya kecemasan, mengetahui apa yang perlu dibuat merupakan keadaankritikal bagi menentukan hidup atau mati.
2.      Oleh itu, mewujudkan pengurusan mangsa tercedera merupakan perkara yang harus diberiperhatian oleh semua pihak yang bergelar penyelamat.
3.      Pengurusan mangsa tercedera dibahagikan kepada 2 iaitu:
ü  Mangsa kadang-kadang bertindih
ü  Mencari dan menyelamat.
4.      Pengurusan mangsa dapat mengurangkan risiko kematian dalam sesuatu bencana yangberlaku.
5.      Justeru, pihak pasukan penyelamat haruslah terlebih dahulu bersedia dalam menghadapikeadaan dalam situasi menyelamat.


PENGENALAN KEPADA MANGSA YANG TERCEDERA

DEFINISI KECEDERAAN
  • Kecederaan membawa maksud kerosakan atau kemudaratan kepada struktur atau fungsibadan yang disebabkan oleh agen luar atau kekerasan yang boleh datang secara fizikal ataukimia. Kecederaan yang teruk pada fizikal badan boleh mengancam nyawa ataupunmenyebabkan trauma.
  • Kecederaan terbahagi kepada 2 iaitu:
ü  Kecederaan akibat kemalangan yang tidak disengajakan (terjatuh, keracunan & terbakar )
ü  Kecederaan yang disengajakan ( jenayah, pembunuhan& membunuh diri).





JENIS-JENIS KECEDERAAN

Kecederaan Kepala


Bahagian kepala manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kulit kepala, tengkorak, dan otak.

Kecederaan kepala ialah trauma di kepala yang boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat daripada hentakan yang kuat secara langsung dan hentakan yang kuat secara tidak langsung.

Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak, bengkak pada tisu otak sehingga menjadi kerosakan otak yang teruk.
Apabila seseorang itu mengalami kecederaan pada bahagian tengkorak, dia akan mengalami beberapa tanda seperti sakit di tempat yang tercedera dan mungkin terdapat luka serta pendarahan, terdapat cacat bentuk di bahagian kepala, cecair jernih akan keluar melalui telinga dan hidung kadang-kala cecair tersebut bercampur darah.

Selain itu terdapat kesan lebam di sekeliling mata dan belakang telinga yang timbul selepas beberapa jam terjadinya kecederaan tersebut.

Tanda-tanda seseorang itu mengalami kecederaan otak pula ialah mangsa tidak sedar dan mungkin mengalami hilang ingatan.

Mangsa juga akan berasa loya dan mengalami gejala muntah.

Selain itu, tanda awal mangsa yang akan mengalami kecederaan otak adalah seperti sakit kepala, gangguan penglihatan dan tidak dapat mengimbangi struktur badan.

Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan kematian.

Kecederaan kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain, terutamanya leher.

Tindakan Seorang Penyelamat dalam Aktiviti Meyelamat Mangsa yang Mengalami Kecederaan pada Bahagian Kepala

Sebagai seorang penyelamat, apabila berhadapan dengan mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala ialah :

                                                                                                 



Kecederaan Akibat Luka
Definisi Luka

Luka membawa maksud sebarang kecederaan yang tidak normal pada kulit atau pada permukaan badan dinamakan luka. Kebanyakkan luka adalah terkoyak dan terbuka yang menyebabkan darah serta cecair lain mengalir keluar daripada badan. Luka yang tertutup pula membenarkan darah terlepas dari sistem peredaran tetapi tidak mengalir keluar







Cara Merawat Luka Kebakaran dan Melecur

Luka kebakaran dan melecur adalah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh kepanasan api, bahan-bahan kimia atau pancaran radiasi. Cara-caranya ialah:




TRIAGE
Definisi
Triage adalah satu prosedur penilaian dan pengelasan pesakit untuk tujuan rawatan dan pemindahan mengikut prioriti. Konsep triage adalah untuk menghadapi bilangan pesakit yang ramai dan memerlukan keutamaan, tujuan memberi bantuan yang terlalu banyak, mengelaskan pesakit mengikut keutamaan rawatan iaitu 1 minit 1 mangsa, setelah itu pesakit juga akan ditandakan dengan tag atau label triage seterusnya dihantar ke hospital.


American Heritage Dictionary menyatakan triage membawa maksud satu proses pengelasan mangsa yang tercedera kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut tahap kecederaan mereka. Kaedah triage ini di gunakan didalam bilik-bilik kecemasan hospital, pada medan-medan peperangan, dan tempat-tempat bencana apabila sumber-sumber perubatan yang diperuntukkan itu adalah terhad.


Menurut Oxford Companion untuk Sejarah Ketenteraan, menyatakan bahawa triage dalah satu sistem yang diguna pakai dalam bidang ketenteraan untuk membuat penilaian dan pengelasan mangsa-mangsa kecederaan. Kaedah ini bertujuan untuk mengategorikan tahap kecederaan mangsa untuk rawatan dan pemindahan yang selanjutnya. Dalam melaksanakan triage ini memerlukan dua unsur utama. Pertama, pengisihan segera mangsa-mangsa menurut sifat dan tahap keseriusan luka-luka mereka dan kemungkinan kemampuan mereka untuk diselamatkan.



Bagaimana Melakukan Triage


Kaedah Triage



Kategori Triage
Dalam kaedah triage ini, mangsa kecederaan dapat dikelaskan kepada lima kategori, kategori ini di bezakan melalui warna-warna yang telah ditetapkan.



Warna Hitam(P4/Die)

Mangsa berada dalam keadaan yang amat parah/ kematian yang mungkin tiada harapan untuk hidup. Mereka mengalami kecederaan yang parah yang akan menyebabkan mereka akan meninggal di tempat kejadian. Golongan ini akan di letakkan di tempat yang berasingan.


Warna Hijau(P3/Wait)

Keadaan mangsa yang tidak kritikal. Mereka yang dalam kategori ini tidak memerlukan keutamaan yang segera namun, memerlukan penjagaan seorang doktor dalam beberapa jam atau hari-hari tetapi bukan dengan kadar segera atau serta merta.



Warna kuning(P2/Observation)

Mangsa yang berada pada kategori ini adalah dalam keadaan separa kritikal. Mereka perlu juga di hantar ke hospital segera selepas kesemua mangsa-mangsa kecederaan dalam kategori warna merah di hantar ke hospital.


Warna Merah(P1/Immediate)

Mereka yang berada dalam zon warna ini adalah dalam keadaan kritikal dan memerlukan pembedahan segera atau bantuan kecemasan dengan kadar segera. Dan ahli-ahli pertolongan cemas hendaklah memberi keutamaan kepada mangsa yang berada pada zon ini agar mereka dapat diselamatkan.



Warna Putih(Dismiss)

Dalam kategori ini mangsa hanya mengalami kecederaan kecil dan tidak memerlukan penjagaan seorang doktor. Kecederaannya hanya bersifat luaran dan tidak memberi kesan yang lebih teruk walaupun tidak mendapat rawatan dalam jangka masa yang lama dan juga tidak memudaratkan anggota badan yang lain.

KESIMPULAN
Pengurusan mangsa cedera amatlah penting dalam melakukan operasi menyelamat. Kewujudan pengurusan mangsa yang cekap dan efisyen dapat menyelamatkan banyak nyawadalam sesuatu bencana yang berlaku. Kecederaan yang dialami oleh mangsa dalam sesuatubencana haruslah dikenalpasti & diberikan perhatian yang sewajarnya.

Justeru, pihak berwajib yang bergelat penyelamat haruslah mempunyai semangan &disiplin yang teguh & utuh dalam melaksanakan tugasan. Kecanggihan yang telah dilaksanakanseperti sistem triage juga ternyata dapat memudahkan kerja-kerja penyelamatan dan banyak risiko kematian dapat diatasi. Pihak penyelamat haruslah diberikan perhatian berterusan agarsegala pembaharuan dalam teknologi penyelamatan dapat diaplikasikan sepenuhnya dalamoperasi menyelamat.

Monday, August 4, 2014

Incredible Places in the World

1. The Great Blue Hole (Jurang Terdalam di Lautan Belize, Amerika Tengah)

The Great Blue Hole (belize.com)
Blue Hole dari angkasa (ambergriscaye.com)

2. Dry Valleys(Lembah Misterius di Antartika)



3. Klikuk, the Spotted Lake - Kanada




4. Salar de Uyuni - Bolivia ( Padang Garam terbesar di Dunia)

Salar de Uyuni


5. Vale da Lua - Brazil (Lembah Bulan)




6. Yunnan Stone Forest,  China (Hutan Batu)





7. The Inhabited Volcanic Island of Aogashima, Japan

aogashima-0
aogashima-4

8. Flower Paradise at Hitachi Seaside Park, Japan

hitachi-seaside-park-5-790
hitachi-seaside-park-1-790


9. Tulip Fields in Netherlands




10. Ukraine's Leafy Green 'Tunnel of Love





11. Mendenhall Ice Caves, Juneau, Alaska





12. Red Beach, Panjin, China






13.  Bamboo Forest, Japan