Bab 1: PENGURUSAN MANGSA TERCEDERA
PENGENALAN
1.
Semasa
berlakunya kecemasan, mengetahui apa yang perlu dibuat merupakan
keadaankritikal bagi menentukan hidup atau mati.
2.
Oleh
itu, mewujudkan pengurusan mangsa tercedera merupakan perkara yang harus diberiperhatian
oleh semua pihak yang bergelar penyelamat.
3.
Pengurusan
mangsa tercedera dibahagikan kepada 2 iaitu:
ü Mangsa
kadang-kadang bertindih
ü Mencari
dan menyelamat.
4.
Pengurusan
mangsa dapat mengurangkan risiko kematian dalam sesuatu bencana yangberlaku.
5.
Justeru,
pihak pasukan penyelamat haruslah terlebih dahulu bersedia dalam
menghadapikeadaan dalam situasi menyelamat.
|
PENGENALAN
KEPADA MANGSA YANG TERCEDERA
DEFINISI KECEDERAAN
ü Kecederaan
akibat kemalangan yang tidak disengajakan (terjatuh, keracunan & terbakar )
ü Kecederaan
yang disengajakan ( jenayah,
pembunuhan& membunuh diri).
|
JENIS-JENIS KECEDERAAN
Kecederaan
Kepala
|
||
Bahagian
kepala manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kulit kepala, tengkorak,
dan otak.
Kecederaan
kepala ialah trauma di kepala yang boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat
daripada hentakan yang kuat secara langsung dan hentakan yang kuat secara
tidak langsung.
Kebanyakan kecederaan
kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan
kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak, bengkak
pada tisu otak sehingga menjadi kerosakan otak yang teruk.
|
Apabila seseorang itu mengalami
kecederaan pada bahagian tengkorak, dia akan mengalami beberapa tanda seperti
sakit di tempat yang tercedera dan mungkin terdapat luka serta pendarahan,
terdapat cacat bentuk di bahagian kepala, cecair jernih akan keluar melalui
telinga dan hidung kadang-kala cecair tersebut bercampur darah.
Selain itu terdapat kesan lebam di
sekeliling mata dan belakang telinga yang timbul selepas beberapa jam
terjadinya kecederaan tersebut.
|
|
Tanda-tanda seseorang itu mengalami
kecederaan otak pula ialah mangsa tidak sedar dan mungkin mengalami hilang
ingatan.
Mangsa juga akan berasa loya dan
mengalami gejala muntah.
Selain itu, tanda awal mangsa yang
akan mengalami kecederaan otak adalah seperti sakit kepala, gangguan
penglihatan dan tidak dapat mengimbangi struktur badan.
|
||
Kecederaan
kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan
kematian.
Kecederaan
kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain,
terutamanya leher.
|
Tindakan Seorang Penyelamat dalam
Aktiviti Meyelamat Mangsa yang Mengalami Kecederaan pada Bahagian Kepala
Sebagai seorang
penyelamat, apabila berhadapan dengan mangsa yang mengalami kecederaan pada
bahagian kepala ialah :
Kecederaan
Akibat Luka
Definisi
Luka
Luka membawa maksud sebarang kecederaan yang tidak normal pada kulit atau pada permukaan badan dinamakan luka. Kebanyakkan luka adalah terkoyak dan terbuka yang menyebabkan darah serta cecair lain mengalir keluar daripada badan. Luka yang tertutup pula membenarkan darah terlepas dari sistem peredaran tetapi tidak mengalir keluar
Cara
Merawat Luka Kebakaran dan Melecur
Luka kebakaran dan
melecur adalah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh kepanasan api, bahan-bahan
kimia atau pancaran radiasi. Cara-caranya ialah:
TRIAGE
Definisi
Triage adalah satu prosedur penilaian dan
pengelasan pesakit untuk tujuan rawatan dan pemindahan mengikut prioriti. Konsep
triage adalah untuk menghadapi bilangan pesakit yang ramai dan memerlukan
keutamaan, tujuan memberi bantuan yang terlalu banyak, mengelaskan pesakit
mengikut keutamaan rawatan iaitu 1 minit 1 mangsa, setelah itu pesakit juga
akan ditandakan dengan tag atau label triage seterusnya dihantar ke hospital.
|
American Heritage Dictionary menyatakan triage
membawa maksud satu proses pengelasan mangsa yang tercedera kepada
kumpulan-kumpulan tertentu mengikut tahap kecederaan mereka. Kaedah triage
ini di gunakan didalam bilik-bilik kecemasan hospital, pada medan-medan peperangan,
dan tempat-tempat bencana apabila sumber-sumber perubatan yang diperuntukkan itu
adalah terhad.
|
Menurut Oxford Companion untuk Sejarah
Ketenteraan, menyatakan bahawa triage dalah satu sistem yang diguna pakai
dalam bidang ketenteraan untuk membuat penilaian dan pengelasan mangsa-mangsa
kecederaan. Kaedah ini bertujuan untuk mengategorikan tahap kecederaan mangsa
untuk rawatan dan pemindahan yang selanjutnya. Dalam melaksanakan triage ini
memerlukan dua unsur utama. Pertama, pengisihan segera mangsa-mangsa menurut sifat
dan tahap keseriusan luka-luka mereka dan kemungkinan kemampuan mereka untuk
diselamatkan.
|
Bagaimana Melakukan
Triage
Kaedah
Triage
Kategori Triage
Dalam
kaedah triage ini, mangsa kecederaan dapat dikelaskan kepada lima kategori,
kategori ini di bezakan melalui warna-warna yang telah ditetapkan.
Warna Hitam(P4/Die)
Mangsa berada dalam keadaan yang amat parah/ kematian yang mungkin tiada harapan untuk hidup. Mereka mengalami kecederaan yang parah yang akan menyebabkan mereka akan meninggal di tempat kejadian. Golongan ini akan di letakkan di tempat yang berasingan.
Warna Hijau(P3/Wait)
Keadaan mangsa yang tidak kritikal. Mereka yang dalam kategori ini tidak memerlukan keutamaan yang segera namun, memerlukan penjagaan seorang doktor dalam beberapa jam atau hari-hari tetapi bukan dengan kadar segera atau serta merta.
Warna kuning(P2/Observation)
Mangsa yang berada pada kategori ini adalah dalam keadaan separa kritikal. Mereka perlu juga di hantar ke hospital segera selepas kesemua mangsa-mangsa kecederaan dalam kategori warna merah di hantar ke hospital.
Warna Merah(P1/Immediate)
Mereka yang berada dalam zon warna ini adalah dalam keadaan kritikal dan memerlukan pembedahan segera atau bantuan kecemasan dengan kadar segera. Dan ahli-ahli pertolongan cemas hendaklah memberi keutamaan kepada mangsa yang berada pada zon ini agar mereka dapat diselamatkan.
Warna Putih(Dismiss)
Dalam kategori ini mangsa hanya mengalami kecederaan kecil dan tidak memerlukan penjagaan seorang doktor. Kecederaannya hanya bersifat luaran dan tidak memberi kesan yang lebih teruk walaupun tidak mendapat rawatan dalam jangka masa yang lama dan juga tidak memudaratkan anggota badan yang lain.
KESIMPULAN
Pengurusan
mangsa cedera amatlah penting dalam melakukan operasi menyelamat. Kewujudan
pengurusan mangsa yang cekap dan efisyen dapat menyelamatkan banyak nyawadalam
sesuatu bencana yang berlaku. Kecederaan yang dialami oleh mangsa dalam
sesuatubencana haruslah dikenalpasti & diberikan perhatian yang sewajarnya.
Justeru, pihak berwajib yang bergelat penyelamat haruslah mempunyai semangan &disiplin yang teguh & utuh dalam melaksanakan tugasan. Kecanggihan yang telah dilaksanakanseperti sistem triage juga ternyata dapat memudahkan kerja-kerja penyelamatan dan banyak risiko kematian dapat diatasi. Pihak penyelamat haruslah diberikan perhatian berterusan agarsegala pembaharuan dalam teknologi penyelamatan dapat diaplikasikan sepenuhnya dalamoperasi menyelamat.
Justeru, pihak berwajib yang bergelat penyelamat haruslah mempunyai semangan &disiplin yang teguh & utuh dalam melaksanakan tugasan. Kecanggihan yang telah dilaksanakanseperti sistem triage juga ternyata dapat memudahkan kerja-kerja penyelamatan dan banyak risiko kematian dapat diatasi. Pihak penyelamat haruslah diberikan perhatian berterusan agarsegala pembaharuan dalam teknologi penyelamatan dapat diaplikasikan sepenuhnya dalamoperasi menyelamat.
No comments:
Post a Comment