FRIENDS

Tuesday, March 27, 2018

SENGGUGUT


SENGGUGUT


Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita.

Kesakitan akibat haid berlaku apabila otot-otot pada uterus (rahim) mengecut bagi mengeluarkan lapisan rahim. Secara kasarnya, 9 daripada 10 wanita akan mengalami senggugut. Jangan risau tentangnya kerana ia adalah normal. Kesakitan yang dirasai biasanya ialah kejang di bahagian bawah abdomen. Ia mungkin juga akan mengakibatkan sakit belakang atau sakit pada bahagian atas celah peha. Kekejangan akan berlaku selama 2-3 hari atau bermula sebelum datang bulan (petanda datang bulan). Selalunya, kesakitan paling terasa ialah pada hari pertama. Senaman boleh mengurangkan rasa sakit, tidak kisah sama ada berjalan atau senaman memanaskan badan. Anda juga boleh menenangkan otot dengan mandi air panas atau memeluk botol air panas. Ia akan membuatkan anda sedikit lega dan selesa.

KENAPA RASA SAKIT BILA ‘PERIOD’?


Semasa haid, kontraksi kuat akan terjadi sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim.

Kontraksi ini menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim, sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindak balas, rahim melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan sakit.





“Sakitnya pinggang. Kepala pening, rasa loya dan nak muntah… ‘Miss V’ pula rasa berdenyut-denyut. Semuanya serba tak kena…! Macamana nak hilangkan senggugut ya?”

Padanlah orang perempuan selalu ‘moody’, PMS katanya… Habis satu badan diserang sakit-sakit. Manalah tak mengamuk, kan?

Selalunya, simptom yang dialami selama ‘datang bulan’ ini akan berlanjutan sekitar 2-3 hari sejak sebelum haid atau semasa haid.


Image result for SENGGUGUT



Selain itu, tubuh juga mengeluarkan bahan kimia bernama prostaglandin. Bahan ini memicu otot rahim supaya terus berkontraksi.

Jika terlebih paras prostaglandin, ia mampu juga menyebabkan berlakunya loya, cirit birit, perasaan gelisah, dan sakit kepala.







1. TUAMAN PANAS

2. MINUM AIR SUAM

3. AKTIFKAN DIRI

4. AMBIL HERBA DAN SUPLEMEN

5. JAGA ‘PANTANG’

6. BERTUKAR KEPADA ‘CLOTH PAD’ ATAU ‘ORGANIC PAD’

7. PIL PENAHAN SAKIT

8. PIL PERANCANG




Simptom Sering Dihadapi Kaum Wanita apabila Period

Senggugut teruk merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga memberi kesan terhadap simptom fizikal, mental atau emosi kaum wanita. Rawatan dicadangkan kerana ia mengganggu keupayaan mereka untuk melakukan aktiviti seharian. Simptom utama muncul di antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid. Antara simptom yaf sering dihadapi oleh kaum wanita adalah:


  1. Resah, cepat marah, dan kemurungan mungin berlaku.
  2. perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  3. perasaan tegang atau resah
  4. serangan panik
  5. perubahan perasaan, menangis
  6. mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  7. tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  8. sukar menumpukan perhatian
  9. lesu
  10. kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  11. sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  12. perasaan "luar kawalan"
  13. peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  14. peningkatan rasa bagi intim emosi
  15. simptom fizikal: kembung, degupan jantung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot.

sources:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_senggugut_teruk



No comments:

Post a Comment