TOPIC:
BAHASA MENCERMINKAN MAKNA KOMUNIKASI.
Setiap
Individu sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain sama ada melalui lisan
atau tulisan seperti perbualan telefon dan pesanan ringkas. Komunikasi setiap
individu dipengaruhi oleh unsur-unsur budaya, bangsa dan tempat masing-masing. Dalam
peribahasa melayu “Bahasa Menunjukkan Bangsa” turut merungkai maksud yang sama
dimana bahasa menjadi lambang keperibadian masyarakat atau sesuatu bangsa. Cara
interaksi atau komunikasi yang betul sangat penting bagi menyampaikan maklumat,
pesanan, kehendak, pendapat dan pengalaman secara berkesan.
Individu haruslah berkomunikasi
dengan kata-kata yang jelas melalui sebutan yang betul, kemas, teratur dan
berupaya untuk menggunakan tekanan dan gaya yang tepat supaya pendengarnya
dapat memahami dengan teliti dan dapat mentafsirkan percakapan yang
didengar dan seterusnya bertindak balas
terhadap apa yang didengainya itu. Hal ini kerana segelintir masyarakat kini
sering kali menyalah tafsirkan setiap apa yang didengarnya tanpa memahami
maksud sebenar. Ini juga boleh menyebabkan mereka menyebarkan maklumat dan
pesanan yang salah atau kurang tepat yang boleh pencetuskan pergaduhan dan
menjatuhkan maruah setiap individu.
Orang Melayu
Orang
Melayu merupakan bangsa yang suka berkias dalam percakapan mereka dalam
menyampaikan pesanan sama ada bermaksud sindiran atau nasihat. Orang Melayu
tidak suka berterus-terang untuk menyampaikan sesuatu maksud kerana orang
Melayu terkenal dengan sifat bersopan santun yang sering digambarkan melalui
penggunaan bahasa halus dalam komunikasi. Sesuatu perkataan yang dapat
menyinggung perasaan orang lain tidak akan diucapkan secara langsung terutama
dalam soal yang berkaitan perangai, musibah, seks dan pantang larang. Bahasa
orang Melayu ini dapat digambarkan melalui penggunaan peribahasa Melayu yang
penggunaannya begitu berleluasa merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Peribahasa
‘biar putih tulang jangan putih mata’, ‘berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit’,
‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’, ‘kalau takut
kepada ombak jangan berumah di tepi pantai’ menggambarkan kiasan orang Melayu
untuk menzahirkan cita-cita dan menyampaikan hasrat mereka yang tinggi.
Malah
penggunaan pantun juga digunakan oleh orang melayu ketika berkomunikasi seperti
majlis meminang yang menggambarkan sikap orang Melayu yang berkias dalam
menyampaikan hasrat. Biasanya dalam pantun peminangan terdapat frasa ‘memetik
bunga di taman’ yang membawa maksud ingin meminang seorang gadis yang masih
dalam jagaan orang tuanya. Penggunaan pembayang pantun sama ada satu, dua, tiga
atau empat kerat sebelum maksud menunjukkan orang Melayu tidak gopoh dalam
menyampaikan hasrat seperti:
‘Cantik memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besar hajat kami tidak terkira
Hendak memetik bunga di taman’
Selain
itu, bahasa halus juga biasa digunakan oleh orang melayu iaitu pulang ke
rahmatullah (mati), arwah (orang yang meninggal dunia), jenazah (mayat), disimpan
(dikuburkan), nafkah batin (hubungan seks suami dan isteri), datang bulan
(haid), Pak Belang (harimau), Sang Rangkak (buaya), dan lain-lain lagi. Orang
Melayu tidak digalakkan menuturkan perkataan yang kasar kerana dianggap tidak
sopan.
Orang Iban
Masyarakat
Iban pula adalah salah satu rumpun Dayak yang terdapat di Kalimantan Barat, Brunei,
Sabah, Johor dan kumpulan etnik peribumi terbesar di Sarawak. Masyarakat iban
sering merujuk kes mereka kepada tuai rumah untuk dibicarakan jika ada hal yang
tidak boleh diselesaikan sesama sendiri secara peribadi. Oleh itu, kominikasi
mereka memerlukan orang ketiga iaitu tuai rumah yang akan cuba menolong
menyelesaikan kes itu melalui mesyuarat kecil (baum mit atau berandau) yang
bersifat peribadi antara kedua-dua pihak yang bertelegah untuk mencapai
persetujuan (konsensus) dan perdamaian semula (rekonsiliasi) sebelum memanggil
mesyuarat besar (becara) yang besifat rasmi dan terbuka. Semua ketua rumah atau
masyarakat akan cuba menyelesaikan kes-kes hal-ehwal para pengikut mereka dengan
bepegang teguh kepada prinsip berikut: "Utai
besai, asoh mit. Utai mit, asoh nadai" yang bermaksud Hal besar,
jadikan kecil. Hal kecil, jadikan tiada.
Kedua-dua
pihak yang bertikai adalah dinasihatkan untuk bersetuju menyelesaikan hal
mereka dan berdamai secara peribadi kerana ada pepatah orang Iban yang terkenal
dan selalu disebut-sebut oleh ketua rumah atau masyarakat seperti berikut “Undang-undang adalah seperti ular tedung.
Ia adalah tidak merbahaya jika tidak diganggu tetapi jika dilangkahi, ia boleh
mematuk. Maksudnya ialah seseorang yang beia-ia mahu berbicara menghadapi
risiko didapati bersalah dan dihukum. iaitu "dipatuk oleh
undang-undang".
Selain
itu, Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat
Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa pribumi di Malaysia yang mempunyai
sistem tulisan bergambar yang disebut 'papan turai' untuk membantu proses
ingatan kepada puisi rakyat (leka main) seperti tusut, pengap dan sabak yang
sungguh panjang dan mengambil masa semalaman untuk dilafazkan pada upacara dan
gawai tertentu. Sistem papan turai ini berkesan apabila orang Iban dapat
merujuk keturunan sehingga berpuluhan generasi yang terdahulu dengan darjah
ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa-peristiwa penting
dengan bukti-bukti fizikal dan kewujudan adat-adat dan budaya asal sehingga ke
hari ini.
Kaum
Iban dikenali dengan "Master of Language" oleh dunia. Prof Derek
Freeman adalah salah seorang di kalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan
bahawa orang Iban sememangnya master of language. Prof Derek Freeman turut
menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris
ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan
menyusun ayat serta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan
ayat yang sesuai dengan bunyi dalam penyampaikan hasrat dan maklumat seperti
yang digunakan dalam puisi dan prosa dalam Bahasa Inggeris.
Puisi
rakyat (leka main) Iban boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama
berdasarkan bentuk dan fungsi mereke masing-masing iaitu untuk acara hiburan,
upacara invokasyen dan acara rasmi. Puisi untuk acara hiburan sosial
termasuklah bejara, pantun, ganu, ramban, jawang, sugi, renong semain, ensera
(epik atau saga), entelah, pelandai karung, dan pelandai ara. Manakala puisi
untuk acara keramaian rasmi merangkum renong adat, tanya indu, pantun meri
ngirup, dungai ngerasukka tinchin, ai ansah dan geliga. Puisi untuk upacara
invokasyen terdiri daripada sampi (doa), biau, timang, pengap (zikir), pelian,
sugi sakit, renong sakit dan sabak bebuah.
Orang Cina
Kaum
Cina merupakan kelompok kaum yang kedua terbesar di Malaysia. Kaum Cina di
Malaysia berkomunikasi dalam pelbagai dialek seperti dialek Hokkien, dialek
Hakka, dialek Kantonis, dialek Teochew, dialek Hainan, dialek Kwongsai dan
sebagainya bergantung kepada keturunan dan latar belakang mereka masing-masing.
Bagi puak-puak kaum Cina, setiap puak sebenarnya mempunyai bahasa komunikasi tersendiri.
Bahasa komunikasi sedemikian dikenali sebagai “dialek” bagi kaum Cina di
Malaysia, manakala bahasa Mandarin biasanya dianggap sebagai “Bahasa ibunda”
kepada semua puak kaum Cina kerana orang-orang Cina di sini berharap Bahasa Mandarin
dapat memainkan peranan sebagai medium komunikasi utama di antara puak puak kaum
Cina. Malah masa kini juga dalam sektor perkerjaan, rata-rata syarikat korporat
yang beroperasi di Malaysia sering kali meletakkan syarat kebolehan bahasa
mandarin dalam mencari pekerja tidak kira bangsa, agama atau etnik dalam
syarikat mereka sekalipun urusniaga dan operasi yang dijalankan langsung tidak
memerlukan kebolehan berbahasa Mandarin. Hal ini kerana bagi memudahkan pihak
syarikat atau majikan yang berbangsa cina untuk berurusan dan menyampaikan
maklumat ataupun arahan dengan para pekerja mereka.
Orang India
Masyarakat
India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan bahasa Tamil merupakan
dialek yang ditutur oleh majoriti kaum India di Malaysia ini. Mereka juga salah
satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk
di Malaysia. Pada Zaman dahulu, elemen
budaya amat penting dalam menjalankan perdagangan. Sejarahwan J.V. Sebastian,
K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa utama
yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia dimana kebanyakan
perdagang datang dari chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil
Nadu; dan orang Muslim India Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar
dari Tamil Nadu yang kebanyakannya merupakan pemborong.
Kesimpulan,
Setiap Bahasa memainkan peranan penting dalam berkomunikasi untuk menyampaikan
tujuan, nasihat dan maklumat penting
dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment