FRIENDS

Tuesday, March 4, 2014

Keburukan menggunakan "kasut tumit tinggi"

Keburukan
  • Pemakaian kasut tumit tinggi memberi kesan negative terutamanya bahagian tulang.
  •  Kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, pelbagai masalah disebabkan kasut bertumit tinggi seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang yang kronik.

  • Pemakaian kasut tumit tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang dan lutut menjadi bengkok.

  • Pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang tapak kaki selain menyebabkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tertumpu pada jari kaki.

  •  Saiz serta tapak kaki juga semakin lebar disebabkan lemak semakin tipis.

  • Pemakaian kasut tumit tinggi turut mendorong peredaran darah tidak lancar.
  • Kasut tumit tinggi turut menyebabkan kesakitan akibat saraf bengkak atau menebal pada bola kaki yang digelar morton’s neuroma dan pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund).
  • Berkasut tumit tinggi dalam tempoh lama juga akan menyebabkan tendon achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
  • Boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.
  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • Kasut tumit tinggi punca payu dara kendur

  • Kurang keseimbangan 





No comments:

Post a Comment